Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayda Jebat nasihat warganet jaga tutur

    Baru-baru ini, video nyanyian Aisyah Aziz tular diseluruh platform media sosial.

    Rata-rata warganet terpegun saat memperdengarkan nyanyian Aisyah yang sangat lunak dan bersahaja sewaktu mendendangkan lagu Kali Terkahir Ku Lihat Wajahmu nyanyian asal penyanyi lagenda, Uji Rashid.

    Malah, ada juga warganet yang meluahkan rasa kecewa kerana penyanyi berbakat seperti Aisyah kurang mendapat perhatian meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni.

    Memetik laporan MH, seorang individu tampil memberikan pandangan dengan mengatakan segelintir warganet masa kini lebih gemar mengangkat penyanyi yang memiliki rupa paras cantik berbanding bakat.

    Malah, individu tersebut juga secara terbuka memetik nama selebriti terkenal, Ayda Jebat sebagai contoh penyanyi yang dimaksudkannya itu.

    “Sebab Malaysia suka naikkan bimbo tiada bakat tapi typical standard cantik (putih cerah) contohnya Ayda Jebat,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi X.

    Hantaran tersebut kemudiannya sampai ke pengetahuan Ayda.

    Tidak melatah, isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu menasihati individu terbabit supaya menjaga percakapan dan tidak mempertikaikan rezeki yang telah diatur oleh Allah SWT.

    “Bimbo? Tak baik cakap orang macam itu. Jaga diri dan keluarga. Esok lusa tak tahu apa jadi. Allah sudah tentukan rezeki masing-masing,” balas Ayda. – Agensi

    Ayda menasihati warganet agar menjaga percakapan. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda