Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azhar Sulaiman benarkan Leona kahwin awal

    Hasrat pempengaruh Kasih Iris Leona, 22, untuk berkahwin tahun depan disambut baik bapanya yang juga pelakon popular Malaysia, Azhar Sulaiman.

    Memetik laporan Berita Harian, Azhar ketika ditemui Harian Metro berkata, dia percaya Leona mempunyai hala tuju kehidupan yang diimpikan sekali gus mengikuti jejak langkahnya yang turut berkahwin pada usia muda.

    “Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Bayangkan kalau saya tidak berkahwin waktu itu, mungkin sehingga sekarang saya masih membujang.

    “Saya percaya Leona mungkin sudah dapat apa yang dia nak sehingga mahu berkahwin pada usia muda. Mungkin juga dia sudah membayangkan untuk mempunyai keluarga sendiri.

    “Sebagai bapa saya bersyukur dia nak berkahwin, Alhamdulillah. Namun, saya belum bersedia untuk menjadi datuk pada masa sekarang, tapi kalau ada cucu pasti mereka akan gembira sebab saya ada banyak anak patung di rumah,” katanya sambil berseloroh.

    Menurut Azhar, dia tidak cerewet dengan siapa pilihan anaknya, namun, individu itu perlu mendapat restu dia dan isteri terlebih dulu.

    “Apa yang penting bakal menantu saya perlu mendapat persetujuan saya dan isteri terlebih dulu. Kemudian saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik. Ini kerana, akademik sangat penting dan mustahak walaupun ada yang sukar mendapat kerja sekarang ini,” katanya.

    Terdahulu, Leona dilapor memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan walaupun belum mempunyai calon suami. – Agensi

    Azhar mengizinkan jika Leona mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda