Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badak air kerdil dinamakan sempena bintang bola sepak

    BERLIN, 16 OGOS – Seekor anak badak air kerdil membuat penampilan umum pertamanya di Zoo Berlin kelmarin, sehari selepas namanya Toni, yang diilhamkan sempena bintang bola sepak Jerman, Antonio Rudiger dipilih daripada lebih 20,000 cadangan.

    Toni dilahirkan pada 3 Jun. Dengan badan lebih kurang saiz seekor anjing kecil, haiwan tersebut menarik tumpuan pengunjung zoo ketika ia meneroka kandangnya bersama ibunya, Debbie.

    Pihak zoo meminta cadangan untuk nama anak badak air kerdil itu dan meneliti beribu-ribu nama sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

    Pengarah zoo, Andreas Knieriem berkata beliau pada mulanya cenderung kepada nama tradisional Berlin seperti Boulettchen yang bermaksud ‘bebola daging kecil’ tetapi populariti badak air kerdil yang kecil itu di media sosial dan cadangan nama yang banyak menunjukkan bahawa haiwan itu akan menjadi ‘bintang dunia sebenar’.

    “Kami mahu mengambil kira perkembangan ini dengan nama yang pendek dan ringkas yang juga boleh diterima dengan baik di luar Berlin,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Rudiger, warga Berlin yang bermain untuk Real Madrid dan Jerman, bersetuju untuk menjadi penaung kehormat haiwan itu atau, seperti yang disebut oleh pihak zoo, ‘jurulatih’ – sekali gus mengesahkan nama ‘Toni’. – AP

    Toni semasa membuat penampilan pertamanya bersama Debbie pada 15 Ogos di Berlin, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda