Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri b.Digital terima anugerah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Bank Baiduri melengkapkan tahun ini dengan satu lagi pencapaian apabila ia dianugerahkan dengan Anugerah Aplikasi Perbankan Mudah Alih Terbaik untuk Brunei selama dua tahun berturut-turut dalam Anugerah Perbankan Digital 2021 World Finance.

    World Finance menyatakan, peralihan kepada digital adalah disebabkan oleh wabak global dan keadaan yang tidak menentu yang berpunca daripada krisis kesihatan, lebih banyak organisasi secara tidak langsung terpaksa menggunakan digital atau menambah baik tawaran digital mereka.

    Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri Ti Eng Hui berkata, “Kami berbesar hati untuk diiktiraf atas usaha kami dalam meningkatkan tawaran perbankan digital kami, dan dengan memenangi anugerah ini, ia merupakan satu lagi langkah ke arah yang tepat bagi bank sambil memberi tumpuan kepada transformasi digital dan menyelaraskannya dengan agenda pendigitalan negara yang sedang berjalan.”

    “Untuk tahun 2021, dalam konteks Brunei khususnya, Bank Baiduri telah memperkenalkan ciri baharu aplikasi b.Digital yang membolehkan pelanggannya menderma kepada tabung sumbangan yang ditubuhkan untuk membantu mengekang penularan COVID-19. Ini dilakukan berikutan gelombang kedua pandemik negara ini”.

    Beliau seterusnya menjelaskan inisiatif itu dilancarkan untuk membantu memudahkan sumbangan kepada Dana Bantuan COVID-19 kerana pihak bank berhasrat untuk melakukan tanggungjawab mereka untuk memerangi wabak dan menyokong usaha pihak kerajaan ke arah mencegah penularannya sebagai tambahan kepada usaha mereka.

    Antara ciri-cirinya lain, aplikasi Baiduri b.Digital Personal yang menggabungkan token keselamatan digital unik di mana ia menghapuskan keperluan untuk token penjana PIN fizikal menjadikan Bank Baiduri bank pertama di Brunei yang memperkenalkan ciri ini.

    Aplikasi itu juga menggabungkan log masuk biometrik pilihan, keupayaan untuk mendaftar dan menambah penerima secara terus melalui aplikasi serta ciri nilai tambah seperti kalkulator kewangan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan.

    Pada awal tahun, platform Baiduri b.Digital Personal telah menyaksikan peningkatan sebanyak 33 peratus dalam bilangan pendaftaran baharu.

    “Peningkatan pengambilan boleh dikaitkan dengan kemesraan pengguna aplikasi mudah alih dan cirinya untuk memberikan pengalaman perbankan yang lancar,” jelasnya.

    Beliau seterusnya menjelaskan situasi global telah mempercepatkan fenomena yang sudah berlaku selain menekankan faedah seperti keselamatan perbankan dari rumah dan sambungan segera kepada produk perbankan boleh dilakukan dengan mudah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda