Ketika kecoh kononnya rumah tangga sedang berdepan masalah, pelakon Baim Wong mengakui dia dan isteri iaitu Paula Verhoeven turut melalui fasa sama seperti orang lain.
Menurut mStar, Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 43, bagaimanapun enggan mengulas mengenai gosip bakal berpisah namun meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan mereka.
“Kalau mengenai perkara itu… doakanlah yang terbaik.
“Tipu kalau orang cakap tiada masalah dalam rumah tangga mereka,” katanya dalam satu rakaman podcast.
Dalam pada itu, Baim turut mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.
Untuk rekod, Baim dan Paula Verhoeven telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang berusia dua tahun. – Agensi