Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balu ‘Don Juan’ Jepun dibebaskan

    TOKYO, 12 DIS – Mahkamah Jepun hari ini telah membebaskan seorang janda muda daripada tuduhan membunuh suaminya yang juga hartawan berusia 77 tahun dengan julukan ‘Don Juan’ di kawasan barat Jepun, hanya beberapa bulan selepas mereka berkahwin, menurut laporan media tempatan.

    Saki Sudo, 28, didapati tidak bersalah oleh mahkamah daerah di barat Jepun. Keputusan itu dilaporkan oleh Jiji Press dan beberapa media lain, meskipun mahkamah tidak dapat mengesahkan keputusan tersebut.

    Kosuke Nozaki, yang memiliki perniagaan hartanah, jualan arak dan syarikat pinjaman wang, meninggal dunia pada 2018 setelah menelan sejumlah besar dadah perangsang.

    “Sebab saya mengumpul kekayaan adalah untuk memikat wanita cantik,” tulis Nozaki dalam autobiografinya yang bertajuk Don Juan of Kishu, merujuk kepada kawasan luar bandar tempat tinggalnya.

    Dalam buku yang diterbitkan pada 2016 itu, Nozaki mendakwa telah membelanjakan sebanyak kira-kira AS$20 juta untuk memikat kira-kira 4,000 wanita.

    “Saya tidak berminat dengan kereta atau rumah. Sebaliknya, saya memiliki keinginan untuk menjalin hubungan seks dengan wanita cantik,” tulisnya dalam autobiografi tersebut, yang turut memuatkan bab mengenai cara menggoda pelajar universiti dan kru kabin.

    Pihak pendakwa sebelum ini mendakwa Sudo membunuh Nozaki dengan memaksanya mengambil sejumlah besar dadah perangsang yang tidak dikenal pasti. – AFP

    Sudo ketika bergambar bersama Nozaki pada 10 Disember 2017. – ANN/The Japan Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda