Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bance pengembara bola sepak

    LIBERVILLE, 31 Jan – Dengan bentuk badannya yang besar dan gaya rambut yang unik, sukar untuk tidak bercakap mengenai Aristide Bance (gambar) yang membawa Burkina Faso ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika.

    Dan ia adalah kes yang menghairankan dan anda mungkin terlepas apabila tiba kepada kerjaya kelab yang menyaksikan pemain berusia 32 tahun itu bersaingan bagi pasukan negara berbeza.

    Pemain yang diturunkan dari bangku simpanan dalam suku akhir menentang Tunisia di Liberville Sabtu lalu dan membawa pasukannya ke empat pasukan terakhir menentang Mesir adalah orang yang sering berjalan ke merata dunia.

    Pada faktanya dia tidak dapat mengira lagi jumlah kelab-kelab yang pernah diwakilinya, tetapi sekali pandang dalam CV menunjukkan dia pernah beraksi di Ivory Coast, Latvia, Jerman, Dubai, Ukraine dan Kazakhstan.

    “Dua belas buah kelab. Lebih kurang seperti itulah. Saya telah membuat beberapa pengembaraan. Saya banyak pengalaman,” lelaki dengan rambut Mohawk itu memberitahu AFP.

    Faktanya lebih 20 kelab dalam 12 buah negara bagi seorang pemain yang dilahirkan di Ivory Coast dan berpindah ke Ouagadougou pada 2002, ketika peperangan saudara di Ivory. Berhubung perpindahannya baru-baru ini, beliau menjelaskan hanya “untuk melindungi kehidupan”.

    Selepas beberapa bulan berada di kelab tempatan Santos, Bance berlepas menuju Eropah, menyertai Lokeren di Belgium sebagai perhentian pertama dalam jelajah bola sepak dunia.

    “Terdapat beberapa buah negara di mana saya tidak memiliki banyak nasib yang baik. Apabila pergi ke Dubai, pada awal segalanya berjalan dengan baik,” katanya.

    “Selepas empat bulan saya mula menghadapi masalah dengan bayaran. Apabila kelab mula berhenti membayar anda, ia cara untuk menyatakan anda tidak lagi berada dalam perancangan jurulatih, jadi saya mengalami masalah besar di sana.

    “Saya pergi ke Finland (HJK Helsinki) untuk beraksi dalam Liga Europa dan di Latvia mereka begitu profesional. Saya menerima bayaran. Saya sudah biasa dengan kesejukan selepas berada di Ukraine,” tambah Bance, yang mengingatkan kembali memori gembira di Jerman bersama Mainz.

    Perpindahan terbarunya dari Riga kembali ke Afrika bersama ASEC Abidjan memiliki lebih banyak penjelasan praktikal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda