Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantah dasar pencen guna periuk, kuali

    PARIS, 24 APRIL – Sebuah negara yang terkenal dengan masakannya kini menggunakan periuk dan kuali untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pembaharuan pencen Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

    Demonstrasi di Perancis menentang kenaikan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun telah berubah daripada melontar batu, mengelak gas pemedih mata dan mengibarkan panji-panji kepada sesuatu yang lebih dekat dengan jiwa negara gastronomi: Membuat bising dengan memukul peralatan dapur.

    Bunyi bising kulinari Gallic dipanggil ‘casserolade’ ini bermula minggu lalu semasa ucapan Macron yang disiarkan di televisyen. Pembantah berkumpul di lebih 400 tempat di depan dewan perbandaran dan di jalan-jalan Paris, Marseille, Toulouse dan Strasbourg dalam usaha untuk menenggelamkan suaranya.

    Memukul periuk berlaku di seluruh Perancis sekali lagi pada petang ini atas arahan ATTAC, kumpulan aktivis anti-kapitalisme.- AP

    Orang ramai memukul periuk dan kuali ketika Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyampaikan ucapan televisyen kepada negara itu di Paris pada 17 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda