Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Mardiani yang berusia 35 tahun dengan nombor pasport, C4115421, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian, 2770140 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
