Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu tingkat bekalan darah negara

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen-kempen derma darah bagi mempelawa orang ramai untuk sama-sama meningkatkan bekalan darah di negara ini.

    Sehubungan itu, satu kempen derma darah akan dijalankan di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya esok bermula dari jam 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang.

    Manakala pada 27 November, kempen sama akan dijalankan di The Core, Universiti Brunei Darussalam bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

    Kempen derma darah anjuran SCR Express pula akan dilaksanakan pada 30 November pada jam 9 pagi hingga 2 petang bertempat di Lobi, Citis Square, Berakas.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Belait juga akan mengadakan kempen derma darah pada 1 Disember di Foochow Association, Jalan Bunga Raya, Kuala Belait, bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

    Dalam pada itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Saleha (RIPAS) untuk menderma darah pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda