Monday, July 1, 2024
22.3 C
Brunei

    -

    Bantuan makanan bertimbun di lintasan Gaza, operasi hantaran terbantut

    BAITULMAQDIS, 23 JUN – Beberapa hari selepas Israel mengumumkan gencatan setiap hari bagi membolehkan lebih banyak bantuan masuk ke Gaza, keadaan menjadi huru-hara di wilayah Palestin sehingga menyebabkan bekalan penting bertimbun dan tidak diagihkan.

    Perang lebih lapan bulan, yang tercetus pada 7 Oktober lalu ke atas Israel, telah membawa kepada keadaan kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza dan amaran daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tentang kebuluran.

    Perasaan terdesak dalam kalangan 2.4 juta penduduk Gaza telah meningkat ketika pertempuran masih berterusan, mencetuskan amaran daripada agensi bahawa mereka tidak mampu menghantar bantuan.

    Israel berkata ia telah membenarkan bekalan masuk dan menyeru agensi untuk meningkatkan penghantaran.

    “Keadaan huru-hara dan krisis keselamatan awam telah menimbulkan risiko kepada pekerja dan operasi di Gaza,” kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).

    “Selain peperangan, aktiviti jenayah dan risiko kecurian dan rompakan telah menghalang akses kemanusiaan ke lokasi dengan berkesan”.

    Namun Israel berkata ia telah membenarkan ratusan trak bantuan masuk ke selatan Gaza, menyalahkan PBB mengenai bantuan yang bertimbun itu.

    Ia berkongsi rakaman udara menunjukkan kontena yang berbaris di lintasan Kerem Shalom di Gaza dan lebih banyak trak tiba untuk menambah bekalan.

    Dengan ketenteraman awam terjejas teruk di Gaza, PBB berkata ia tidak dapat mengambil bekalan dari Kerem Shalom sejak Selasa meninggalkan penghantaran bantuan penting tersebut kini terbantut. – AFP

    Penduduk Palestin menyerbu trak yang sarat dengan bantuan kemanusiaan yang dibawa masuk melalui jeti baharu pada 18 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...