Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa MK meninggal dunia

    Penyanyi dan pelakon Malaysia, MK berkongsi berita duka atas pemergian bapanya iaitu Hamdan Abdul Razak pada pagi Ahad.

    MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, turut memohon orang ramai untuk mendoakan Alllahyarham agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

    “Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkanlah Hamdan Abdul Razak (bapa) dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

    Menurut laporan mStar, MK berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam perkongsian tersebut, MK memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan keranda jenazah bapanya berada dalam sebuah kenderaan.

    Mk bagaimanapun tidak mendedahkan punca pemergian Allahyarham. – Agensi

    Bapa (kanan) meninggal dunia pada pagi Ahad. – Berita Harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda