BARCELONA, 1 JAN – Barcelona tersandung dalam perebutan kejuaraan Sepanyol apabila terikat seri 1-1 menentang Espanyol dalam perlawanan derby kelmarin, berkongsi mata dengan Real Madrid di puncak La Liga.
Pasukan Xavi mensia-siakan kelebihan dua mata yang mereka perolehi sebelum rehat Piala Dunia, dengan penalti Joselu menambat kembali Barcelona selepas gol pembukaan Marcos Alonso.
Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain ketika Jordi Alba dan Vinicius Souza dibuang padang. Pengadil Mateu Lahoz kemudian menjadikan perlawanan tidak terkawal di Camp Nou.
Pasukan itu bertelagah sebelum sepak mula disebabakn Barcelona membariskan Robert Lewandowski dalam kesebelasan utama, yang diharamkan sebelum keputusan lewat mahkamah untuk membenarkannya bermain.
Lewandowski, dijangka terlepas tiga perlawanan liga, hanya dibe-narkan bermain disebabkan keputusan kontroversi yang diumumkan pada Jumaat, menggantung hukumannya.
Ia menimbulkan kemarahan Espanyol, dengan presiden dan pengarahnya memboikot perlawanan itu, manakala jurulatih Barca, Xavi mengakui pasukannya telah bersedia sepanjang minggu, menjang beraksi tanpa kelibat penjaring gol terbanyak untuk bermain di divisyen itu.
Persekutuan bola sepak Sepanyol berkata dalam satu kenyataan kel-marin mereka tidak boleh menolak keputusan mahkamah.
Lewandowski tidak berada pada tahap terbaiknya tetapi Barcelona mendahului selepas tujuh minit permainan dengan Alonso memanfaatkan peluang yang ada untuk menanduk masuk bola ke gawang. -AFP