Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barcelona tersingkir lagi

    MADRID, 27 APRIL – Rayo Vallecano mengejutkan pendahulu La Liga Barcelona dengan kemenangan 2-1 di Vallecas, kelmarin.

    Alvaro Garcia dan Fran Garcia meledak jaringan untuk kemenangan berharga mereka manakala Robert Lewandowski mendapatkan gol lewat Barca.

    Skuad Xavi Hernandez kekal 11 mata di depan pasukan di tangga kedua Real Madrid dengan berbaki tujuh perlawanan.

    Selepas juara bertahan Madrid tewas di Girona semalam, harapan mereka mempertahankan gelaran semakin tipis walaupun Barcelona mengalami nasib sama.

    Barca kini hanya menang satu daripada empat aksi terakhir liga kemenangan tipis ke atas Atletico Madrid Ahad lalu dalam misi memburu gelaran liga pertama sejak 2019.

    Jurulatih Barcelona itu memberi amaran kepada pemainnya mengenai ancaman Rayo sebelum perlawanan susulan kegagalan menewaskan kelab Madrid itu dalam empat aksi terakhir mereka. “Mereka beraksi dengan baik dan berhak menang, kami tidak cukup bagus,” kata pertahanan Barcelona, Ronald Araujo kepada Movistar.

    “Mereka tampil lebih garang di tempat sendiri, kami pula membuat dua kesilapan dan mereka jaringkan gol.”

    Skuad Xavi beraksi tanpa kapten Sergio Busquet yang masih menjalani penggantungan tetapi menurunkan Pedri yang tampil dalam kesebelasan utama kali pertama sejak mengalami kecederaan pada Februari lalu. – AFP

    Reaksi Alvaro Garcia (tengah) selepas menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan di antara Rayo Vallencano dan Barcelona di stadium Vallecas di Madrid, Sepanyol, 26 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda