Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barcelona tewas kepada AS Monaco

    MONACO, 20 SEPT – Barcelona tewas 2-1 kepada Monaco dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara kelmarin, selepas Eric Garcia dilayangkan kad merah pada awal perlawanan.

    Skuad kendalian Hansi Flick yang memulakan musim dengan rekod sempurna dalam lima perlawanan La Liga, bergelut untuk mengekalkan rentak terbaik mereka menentang kelab Ligue 1 itu.

    Monaco membuka jaringan menerusi Maghnes Akliouche selepas Garcia diarah keluar padang kerana mengasari Takumi Minamino.

    Lamine Yamal berjaya menyamakan kedudukan untuk Barcelona dengan gol yang cantik, namun George Ilenikhena mengesahkan kemenangan Monaco pada minit ke-71.

    “Kemenangan ke atas Barcelona, salah satu kelab terbesar di Eropah, membuat kami berasa gembira dan bangga,” kata jurulatih Monaco, Adi Hutter. “Kami bermain dengan penuh semangat dan mencipta banyak peluang.”

    Barcelona, yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara lima kali, kali terakhir pada 2015, menghadapi kesukaran dalam pertandingan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya ketika beraksi di tempat lawan.

    Kekalahan itu menambah lagi tekanan ke atas kelab gergasi Sepanyol itu.

    “Selepas 10 minit dilayangkan kad merah, permainan berubah sepenuhnya, tetapi apa yang saya lihat adalah usaha positif daripada pasukan,” kata Flick kepada wartawan. “Kami cuba bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan, namun hari ini mereka layak menang 2-1, jadi kami perlu menerimanya.” – AFP

    Aksi pemain pertahanan Barcelona dengan pemain Monaco semasa perlawanan antara AS Monaco dan Barcelona pada 19 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda