Saturday, September 28, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas mini elektrik di pulau Turkiye terima bantahan

    ISTANBUL, 23 JUN – Ibrahim Aycan telah menentang bas mini elektrik yang baru diperkenalkan di pulau bebas kereta Buyukada, di mana menurutnya telah menjejaskan kawasan pantai selatan Istanbul.

    “Kami menjalani kehidupan yang aman di sini,” kata Aycan, seorang peguam dan ketua persatuan rakan pulau berkenaan.

    “Kenderaan ini sangat menyedihkan.  Kami rela orang berjalan dan berbasikal!”

    Buyukada ialah salah satu daripada Kepulauan Princess, di Laut Marmara, yang merupakan destinasi popular untuk pelancong dan tempat percutian bagi kebanyakan 16 juta penduduk Istanbul.

    Kenderaan bermotor dilarang di pulau itu, kecuali untuk perkhidmatan penting, malah kereta kuda diharamkan pada 2020 untuk melindungi hidupan liar tempatan.

    Tetapi bas mini baharu yang kontroversi itu, dengan kapasiti 12 orang, mula beroperasi 15 Jun lalu, dioandu melalui lorong-lorong sempit pulau itu.

    Sebagai salah seorang pemimpin protes terhadap pengangkutan baharu, Aycan telah menghalang jalan apabila dia terserempak dengan salah sebuah daripada monstrobus tersebut iaitu nama yang telah diberikan oleh penduduk pulau di Buyukada.

    “Saya nampak bas dalam perjalanan ke rumah saya semalam semasa saya ingin menghadiri temu janji tetapi saya terkaku di hadapannya selama setengah jam,” kata Aycan. – AFP

     

    Bas mini baharu membawa penumpang di pulau Buyukada, di Istanbul pada 20 Jun. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda