Agensi Jun So Min telah mengumumkan beliau akan membatalkan kesemua aktiviti buat sementara waktu atas sebab-sebab kesihatan.
Pada 2 April, Entertainment IAM berkata secara rasmi, “Jun So Min telah memutuskan untuk berehat disebabkan tanda-tanda keletihan baru-baru ini. Ia langsung tidak berkaitan dengan COVID-19, dan ia hanya pemberhentian disebabkan keletihan.”
Agensi memberikan penjelasan lanjut, “Pada 30 Mac, Jun So Min berjumpa doktor dan menerima rawatan disebabkan beliau tidak sihat. Buat masa sekarang beliau sedang berehat di rumah.” Menekankan bahawa isu kesihatan Jun So Min tidak kena mengena dengan COVID-19, agensi menambah, “Ia tidak serius, dan kesihatan fizikal beliau bertambah teruk hanya disebabkan keletihan yang berlarutan.”
Menurut Entertainment IAM, ‘Running Man’ tidak mempunyai sebarang penggambaran yang dirancang untuk dua minggu akan datang, dan Jun So Min merancang menggunakan masa tersebut untuk berpulih. Agensi memberitahu media Korea Newsen, “Kami meminta kakitangan ‘Running Man’ supaya memahami situasi memandangkan Jun So Min mengambil cuti selama sebulan, dan mereka bersetuju.”
SBS mengesahkan, “Telah diputuskan Jun So Min akan mengambil cuti satu bulan daripada rancangan.” Kami mengucapkan semoga Jun So Min cepat sembuh! – Agensi