Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern dahului sembilan mata di puncak liga

    BERLIN, 15 DIS – Bayern Munich melebarkan kelebihan sembilan mata di puncak Bundesliga kelmarin apabila Serge Gnabry meledak hatrik dan Robert Lewandowski menjaringkan dua gol semasa kemenangan menentang Stuttgart, semalam.

    Gnabry menjaringkan gol pada kedua-dua babak permainan sebelum Bayern terus mengempur kubu lawan dengan tiga gol dalam tempoh lima minit yang mengecewakan termasuk dua jaringan pantas dari Lewandowski.

    Ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann memuji pemain sayapnya, Gnabry sebagai seorang pemain yang cemerlang dan memainkan peranan penting dalam kesemua liga gol yang dihasilkan, termasuk dua assist kepada Lewandowski.

    Penyerang Poland itu setakat ini mencatatkan 18 gol daripada 16 perlawanan liga musim ketika Bayern meraih kemenangan Bundesliga ke-10 berturut-turut di Stuttgart sejak 2009.

    “Bayern boleh menghancurkan mana-mana pasukan. Bukan sahaja di Jerman, tetapi juga di peringkat antarabangsa,” kata pengarah sukan Stuttgart, Sven Mislintat.

    “Kami diberi pengajaran selepas mereka mendahului 3-0 – mereka mempunyai kualiti yang luar biasa,” tambahnya.

    Pasukan gergasi Bavaria itu kekal di landasan untuk memenangi kejuaraan Bundesliga ke-10 berturut-turut, tetapi Borussia Dortmund di tempat kedua boleh merapatkan kedudukan apabila mereka menjadi pasukan tuan rumah kepada pasukan tercorot, Greuther Fuerth hari ini.

    Dengan Bayern dilanda masalah kecederaan dan penyakit, mereka terpaksa menurunkan Jamal Musiala, 18, keluar daripada posisi asal bersama Marc Roca. Mereka kemudian kehilangan pemain sayap, Kingsley Coman akibat kecederaan kaki pada separuh jam pembukaan. – AFP

    Reaksi pemain Bayern Munich ketika meraikan bersama Serge Gnabry setelah menjaringkan gol ke-5 pasukan dalam perlawanan menentang Stuttgart kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda