Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern ikat Olise

    MUNICH, 8 JULAI – Bayern Munich telah menandatangani penyerang Perancis dari Crystal Palace, Michael Olise, umum gergasi Jerman itu, kelmarin.

    Majalah Jerman Kicker melaporkan Bayern membayar klausa pelepasan sebanyak 70 juta euro (AS$75 juta) kepada kelab Liga Perdana itu untuk mendapatkan khidmat Olise dalam perjanjian lima tahun.

    Olise, 22, telah melengkapkan ujian perubatan di ibu negara Bavaria, kelmarin.

    “Ia satu cabaran yang hebat, dan itulah yang saya cari,” kata Olise.

    “Saya mahu membuktikan diri saya pada tahap ini dan memainkan peranan saya dalam memastikan kami memenangi sebanyak mungkin gelaran bersama pasukan kami pada tahun-tahun akan datang.”

    Dilahirkan di London, Olise telah mewakili pasukan remaja Perancis dan akan bermain untuk Les Bleus di bawah jurulatih Thierry Henry di Sukan Olimpik Paris pada Ogos.

    Olise menjaringkan 10 gol dan memberikan enam assist dalam 19 perlawanan Liga Perdana musim lalu untuk kelab London itu. – AFP

    Gambar bertarikh 16 Disember 2023 menunjukkan Olise menjaringkan gol semasa melakukan sepakan penalti menentang Manchester City. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda