Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDARA kunjungi rumah yang di-pertua

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, ahli-ahli Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) turut memeriahkan suasana Aidilfitri dengan berkunjung rumah Yang Di-Pertua BDARA, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit di Jalan Permaisuara, Kampung Beribi.

    Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua BDARA, Haji Tamat bin Haji Lampoh itu merupakan salah satu kegiatan tahunan Persekutuan BDARA pada tiap-tiap bulan Syawal.

    Ia bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di kalangan ahli BDARA dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi BDARA.

    Ahli-ahli Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) turut memeriahkan suasana Aidilfitri dengan berkunjung ke rumah Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.

    Dalam perkembangan lain, bermula 14 Jun hingga Oktober 2018 ini, pihak Persekutuan BDARA bersama 30 buah negara APEC akan meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan ‘International Amatur Radio Union Region 3’ (IARU Rg3) melalui udara dengan menggunakan callsign V850IARU.

    Setiap operator radio amatur di seluruh dunia akan dapat berhubung bersama 30 buah stesen negara-negara lain yang sama-sama meraikan acara istimewa yang juga akan mendapat anugerah dari IARU RG 3.

    Sementara pada Oktober ini, persekutuan tersebut akan menghantar delegasi ke Jogjakarta, Indonesia untuk menghadiri Persidangan SEANET 2018.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda