Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing catat penurunan kes HIV baharu

    BEIJING, 1 DIS – Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran hari ini, lapor Xinhua.

    Sebanyak 1,105 kes HIV/AIDS baharu dilaporkan di bandar itu dari Januari hingga Oktober, iaitu penurunan 21 peratus berbanding tahun lalu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Beijing.

    Sebahagian besar kes berpunca daripada jangkitan daripada hubungan seksual, manakala penularan melalui suntikan akibat penyalahgunaan dadah kekal pada tahap yang agak rendah.

    Ketika ini, Beijing merekodkan kira-kira 28,000 penghidap HIV dan pesakit AIDS.

    Jumlah kes baharu terus menunjukkan penurunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jumlah keseluruhan tahun lalu turun sebanyak 49 peratus berbanding 2015.

    Bersempena Hari AIDS Sedunia pada Ahad, Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Beijing mengingatkan orang ramai agar terus meningkatkan kesedaran kesihatan dan pencegahan penyakit. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda