Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Beijing kecam peraturan ‘tak boleh diterima’

    BEIJING, 3 JAN – China hari ini mengecam keperluan ujian saringan COVID dikenakan oleh sejumlah negara ke atas pengembara yang membuat perjalanan ke luar negara dari wilayahnya, memberi amaran ia boleh mengambil tindak balas ‘serupa’.

    Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jepun adalah antara negara yang kini memerlukan pengembara dari China menunjukkan ujian COVID negatif sebelum ketibaan, ketika negara itu menghadapi peningkatan jumlah kes.

    “Beberapa buah negara telah mengambil langkah sekatan kemasukan menyasarkan pengembara China,” kata jurucakap kementerian luar, Mao Ning dalam taklimat media harian.

    “Ini tidak berasaskan saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima,” tambahnya, memberi amaran China boleh mengambil langkah serupa berdasarkan prinsip ‘timbal balik.’

    China kini sedang menyaksikan peningkatan jangkitan selepas sekatan sifar COVID yang dilaksanakannya dalam beberapa tahun, dilonggarkan secara tiba-tiba bulan lalu, tanpa amaran atau persediaan, manakala hospital dan krematorium terus terbeban.

    Pada lewat Disember, Beijing mengatakan pengembara yang memasuki negara itu tidak lagi perlu dikuarantin, sehingga ramai warga China bergegas merancang perjalanan ke luar negara yang sudah lama dinantikan. – AFP

    Seorang petugas kesihatan memberi arahan kepada pengembara baru tiba dari China di hadapan pusat ujian COVID di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, barat Seoul, 3 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...