Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing tuan rumah Forum Pengangkutan Mampan Global 2024

    BEIJING, 28 OGOS – Forum Pengangkutan Mampan Global 2024 akan berlangsung di Beijing pada 25 dan 26 September ini, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan China, hari ini.

    Forum bertemakan Pengangkutan Mampan: Logistik Menghubungkan Dunia itu bertujuan memperkukuh kerjasama antarabangsa dan mempromosikan pembangunan sistem pengangkutan yang selamat, cekap, lestari dan berdaya tahan.

    Kementerian itu turut memaklumkan bahawa forum tersebut dijangka mengeluarkan beberapa hasil praktikal, termasuk inisiatif untuk melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan memajukan pembangunan pengangkutan mampan di peringkat global.

    Selain sesi perbincangan, forum itu akan menampilkan beberapa lawatan teknikal yang menunjukkan pencapaian inovasi China dalam pengangkutan mampan.

    Antara teknologi yang akan dipamerkan termasuk pemanduan autonomi, logistik pintar, pembangunan jalan luar bandar, pengangkutan penumpang bandar dan luar bandar serta lapangan terbang antarabangsa dan sistem transit rel. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda