MELBOURNE, 3 APRIL – Seorang bekas guru besar hari ini didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah Yahudi di Australia.
Dia didapati bersalah selepas melarikan diri ke Israel kira-kira 15 tahun lalu.
Juri mendapati Malka Leifer bersalah atas 18 pertuduhan termasuk rogol dan serangan seksual manakala membebaskannya daripada sembilan pertuduhan lain.
Leifer adalah pengetua Sekolah Adass Israel di Melbourne apabila dia pertama kali dituduh pada 2008 melakukan serangan seksual ter-hadap murid perempuannya.
Sebelum penahanannya, Leifer melarikan diri ke Israel sehingga mencetuskan pertempuran mahkamah yang berlarutan yang merangkumi lebih 70 perbicaraan ekstradisi. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P11-WEB-Bekas_04042023.jpg)