Wednesday, April 23, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas pegawai terima rasuah berjumlah AS$112 juta dihukum mati

    BEIJING, 22 APRIL – China telah menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas pegawai Xinjiang atas kesalahan menerima rasuah berjumlah AS$112 juta, menurut pengumuman mahkamah hari ini.

    Mahkamah di Baoji, wilayah Shaanxi, menyatakan bahawa Li Pengxin, bekas timbalan setiausaha jawatankuasa Parti Komunis di wilayah barat laut Xinjiang, telah mengumpul ‘jumlah wang yang amat besar’ dengan menyalahgunakan pelbagai jawatan rasmi antara tahun 1999 hingga 2023, lapor penyiar negara CCTV.

    Beliau memberikan bantuan kepada unit dan individu dalam eksploitasi mineral, operasi perniagaan, pelantikan pegawai dan urusan lain sebagai balasan kepada wang sogokan, menurut CCTV.

    Mahkamah mendapati jenayah Li sebagai amat berat, dengan kesan sosial yang amat serius.

    Hukuman matinya ditangguhkan disebabkan oleh pengakuan dan kerjasama beliau dengan penyiasat, namun hukuman penjara seumur hidupnya tidak akan diringankan.

    Li pernah berkhidmat sebagai timbalan setiausaha parti di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang dari 2016 hingga 2021 selepas memegang jawatan di wilayah Qinghai dan Mongolia Dalam. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda