Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bellingham bakal bertemu bekas kelab

    MADRID, 21 OKT – Musim sulung Jude Bellingham di Real Madrid dipenuhi dengan banyak gol dan berakhir dengan dua kejuaraan yang menjadi impian, tetapi musim keduanya bagaikan belum bermula.

    Pemain antarabangsa England itu berdepan bekas kelabnya Borussia Dortmund awal pagi Rabu ini di Santiago Bernabeu dalam perlawanan ulangan final Liga Juara-Juara musim lalu, yang mana Bellingham dan Los Blancos berjaya memenangi pertandingan itu dengan rekod kali ke-15.

    Pemain berusia 21 tahun itu mula menunjukkan tanda-tanda kekecewaan pada tahun kedua di Madrid, ditugaskan dengan lebih banyak tanggungjawab bertahan di bahagian tengah berbanding musim lalu susulan kehadiran bintang Perancis, Kylian Mbappe.

    Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menggunakan Bellingham di bahagian kanan tengah ketika menang 2-1 dalam aksi La Liga di Celta Vigo baru-baru ini, satu lagi peranan baharu buat pemain bernilai 103 juta euro itu.

    Bellingham memulakan musim lalu sebagai tonggak utama di bahagian tengah serangan Madrid, menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan pertamanya dalam La Liga dan Liga Juara-Juara.

    Diberi kepercayaan untuk mengisi tempat itu susulan pemergian Karim Benzema ketika Madrid masih menunggu Mbappe tiba dari Paris Saint-German, Bellingham tampil memukau. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda