LISBON, 13 DIS – Roger Schmidt, yang dipecat sebagai jurulatih Benfica pada akhir Ogos, akan menerima pampasan sebanyak 8.7 juta euro, menurut pengumuman kelab Lisbon itu kelmarin.
Benfica memaklumkan kepada bursa saham Portugal (CMVM) bahawa mereka telah mencapai persetujuan mengenai pampasan dengan Schmidt, yang menyertai kelab itu pada 2022 dan mempunyai kontrak sehingga 2026.
Jurulatih Jerman berusia 57 tahun itu, yang memenangi kejuaraan liga ke-38 kelab tersebut pada musim 2022/2023, dipecat selepas empat perlawanan liga musim ini berikutan permulaan yang sukar.
Beliau digantikan oleh jurulatih Portugal, Bruno Lage, yang kini membawa kelab itu ke tangga kedua selepas 13 perlawanan, dua mata di belakang pendahulu liga, Sporting. – AFP