BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Bengkel dalam talian AIPA-FAO-IISD 3rd Joint Event telah disertai oleh lebih 30 peserta daripada kalangan ahli parlimen ASEAN, pakar teknikal dan rakan strategik serantau untuk berbincang mengenai pelaburan mampan.
Dengan tema Championing ASEAN RAI: Parliamentary Leadership and Partnerships for Sustainable Investment in Food, Agriculture, and Forestry Sectors, bengkel ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan strategi pelaksanaan Rangka Kerja ASEAN RAI.
Sesi interaktif yang diadakan membuka ruang kepada idea dan kerjasama baharu, dengan tumpuan kepada usaha memastikan keselamatan makanan, pengurusan sumber lestari, dan daya tahan ekonomi di rantau ini.
Bengkel ini menandakan langkah penting ke arah mewujudkan ASEAN yang lebih bersedia untuk menangani cabaran global melalui pelaburan bertanggungjawab.
Negara Brunei Darussalam diwakili oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Lau How Teck, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, dan Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman, secara dalam talian.