Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel kembangkan seni kaligrafi Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Bersempena Festival Disember Brunei 2021 Jabatan Kemajuan Pelancongan, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam-Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB) menganjurkan aktiviti bengkel seni khat dan sistem ejaan jawi, bermula hari ini hingga 24 Disember di Rumah Semaun, Jalan Jerambak.

    Aktiviti tersebut adalah hasil kerjasama dengan Pusat Dakwah Islamiah dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberigakan akan kewujudan PPKKI-YSHHB di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya menyampaikan informasi kepada orang ramai mengenai profil PPKKI-YSHHB, produk dan perkhidmatan yang dilaksanakan dan ditawarkan serta untuk mengembangkan pengetahuan, potensi dan bakat seni orang ramai supaya dapat ditingkatkan secara kreatif dan inovasi.

    Menurut Pegawai PPKKI-YSHHB, Dayangku Nurul Iryani binti Pengiran Othman, bengkel kali ini diharap akan dapat mengembangkan dan meluaskan ilmu seni Islam dan pengajarannya di Negara Brunei Darussalam sebagai persiapan generasi penerus yang mampu menguasai dan menghayati nilai seni Islam khususnya seni mashaf, kaligrafi dan hiasan Islam.

    Penyertaan aktiviti ini juga dibukakan kepada orang ramai sehingga 24 Disember dengan mengadakan beberapa program seperti kuiz mengenai PPKKI-YSHHB, sesi menulis seni khat, bengkel menghasilkan karya atas kanvas, bengkel seni khat Nasakh, bengkel penghasilan karya (catan air), bengkel seni khat Diwani dan bengkel seni khat Tsuluts secara fizikal dan maya.

    Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sama ada secara fizikal ataupun virtual. Untuk maklumat lanjut dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi PPKKI-YSHHB atau ikuti Instagram khatcentre.bn.

    LOGO BDF

    Dayangku Nurul Iryani semasa menjelas-kan mengenai bengkel kaligrafi Islam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda