Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bennet, Putera Mahkota UAE bertemu

    ABU DHABI, 13 DIS – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi hari ini selepas menjadi pemimpin pertama bagi negara Yahudi melawat Emiriah Arab Bersatu (UAE), setahun selepas menjalin hubungan.

    Bennett bertemu Putera Mahkota Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan di istana peribadinya, kata pegawai Israel berikutan ketibaan perdana menteri itu di bandar emiriah itu lewat kelmarin.

    Lawatannya dibuat setahun berlalu selepas negara kaya itu memecahkan perbalahan puluhan dekad lamanya dan membina ikatan diplomatik di bawah perjanjian Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Abraham Accords.

    Israel juga membuat tekanan diplomatik menentang rundingan antarabangsa diperbaharui dengan Iran, musuh besarnya berkaitan dengan program nuklear republik Islam itu.

    Bennett, yang dijangka menumpu pada hubungan perdagangan, menurut jurucakapnya.

    Lawatannya mencerminkan ‘realiti baharu’ untuk rantau itu.

    “Pada pendapat saya, ini merupakan realiti baharu yang rantau ini saksikan, dan kami akan bekerjasama untuk memastikan masa hadapan yang cerah untuk anak-anak kami,” katanya kepada agensi berita WAM. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda