Sunday, October 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benzema pasti menang Ballon d’Or jika ‘tidak dibatalkan’

    PERANCIS, 16 OKT – Karim Benzema memenangi anugerah Ballon d’Or kategori lelaki di dalam satu majlis di Paris pada Isnin, menjadikan dia pemain dari Perancis yang pertama untuk memenangi anugerah individu paling berprestij itu di dalam sukan bola sepak selepas Zinedine Zidane hampir suku abad lalu.

    Terdapat 30 calon-calon, namun pemain penyerang dari dari Real Madrid itu sangat cemerlang selepas aksi luar biasa dia pada musim lepas telah membantu kelabnya menang Liga Juara-Juara dan La Liga.

    Benzema menjaringkan 44 gol yang menakjubkan dalam 46 permainan untuk kelabnya termasuk 15 gol di dalam Liga Juara-Juara.

    Aksi hebatnya termasuklah jaringan hatrik dalam masa 17 minit menentang Paris Saint-Germain di dalam perlawanan pusingan terakhir 16, seterusnya ketika menentang Chelsea di suku-akhir perlawanan pertama. Dia juga menjaringkan tiga gol di dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir menentang Manchester City.

    Benzema dinobatkan sebagai Pemain Terbaik UEFA pada Ogos, dan dia menikmati kegemilangan dalam kariernya dengan Piala Dunia yang bakal menjelang.

    “Apa yang paling penting pada saya adalah untuk mengumpul trofi. Jika awda beraksi dengan baik di atas padang, anugerah individu akan menyusul”, kata Benzema.

    Kemenangannya di Chatelet Theathre di ibu negeri Perancis itu tidak dapat dinafikan lagi.

    “Jika mereka tidak membatalkannya, kemungkinan dia akan menang di Ballon d’Or,” kata pemain penyerang Barcelona, Robert Lewandowski minggu ini.

    Itu adalah jenaka daripada pemain dari Poland, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia pada 2020 tetapi majlis berkenaan dibatalkan oleh kerana pandemik COVID-19. – AFP

    Aksi penyerang Real Madrid, Karim Benzema, di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda