Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beri peluang Rob Friend buktikan kredibiliti

    KUALA LUMPUR, 1 JAN – Peminat bola sepak Malaysia perlu memberi peluang kepada bekas pemain kebangsaan Kanada Robert Douglas Friend, untuk membuktikan kredibilitinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya.

    Pemerhati bola sepak tempatan Effendi Jagan Abdullah mengakui berasa sedikit terkilan dengan luahan segelintir peminat yang seolah-olah mempersoalkan kewajaran pelantikan individu yang lebih dikenali sebagai Rob Friend itu.

    “Kita harus bersabar dan tak boleh terus menekan butang panik. Kita kena ingat Kota Rom tidak dibina dalam sehari, jadi berilah masa kepadanya (Rob Friend). “CV (vitae kurikulum) dia cukup menggagumkan, namun orang pertikaikan di media sosial lebih-lebih lagi dengan menyatakan bola sepak Kanada bukan yang terbaik. Kita perlu beri peluang dan sokong, tidak perlu berfikir negatif sepanjang masa, sampai bila pun tak boleh berjaya,” katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata Rob Friend yang berpengalaman luas dalam selok-belok bola sepak Kanada berdepan cabaran mengadaptasi dengan acuan bola sepak tempatan sebelum dapat meningkatkan tahap permainan skuad kebangsaan.

    Effendi berkata halangan awal yang mungkin dihadapi Rob Friend sebaik memulakan tugas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya ialah menyesuaikan diri dengan mentaliti dan cara bekerja yang berbeza dengan pengalamannya di negara Barat. – Bernama

    Skuad Harimau Malaya selepas beraksi menentang Singapura pada perlawanan kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda