Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berita Brunei, cabutan bertuah, pelanggan, hadiah utama

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat (AS) meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua buah institusi pengajian tinggi dengan meneroka persimpangan kejuruteraan diinspirasikan oleh alam semula jadi (bioinspirasi) dan biodiversiti menerusi Bengkel Antarabangsa bagi Bioinspirasi dan Biodiversiti yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan perasmian bengkel berkenaan ialah Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Global), UBD, Dr Joyce Teo Siew Yean.

    Bengkel selama lima hari yang bermula hari ini hingga 13 Januari dihadiri oleh 50 orang saintis dan penyelidik berjaya dari UBD, International Business Machines Corporation (IBM), Tentera Laut AS, American Society for Engineering Education (ASEE), universiti-universiti AS termasuk VT, Arizona State, City University of New York, Cornell, Georgia Tech, Johns Hopkins, University of Akron dan Virginia State, universiti-universiti yang menyertai dari negara-negara Asia dan United Kingdom (UK) termasuk Hiroshima University, Indonesian Institute of Sciences, Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST), Krea University, India, National University of Singapore (NUS), Prince Songkla University, Thailand, University of Bristol, University of Malaysia Sarawak serta University of Science, Malaysia.

    Bengkel turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pengurusan kanan UBD, kakitangan dan pelajar-pelajar UBD serta wakil-wakil daripada sektor industri.

    Semasa bengkel itu, Profesor Kejuruteraan Mekanikal di Raymond E. & Shirley B.Lynn, VT dan Pengarah Bioinspired Science & Technology Center, VT, Profesor Dr Rolf Mueller dalam taklimatnya menyentuh mengenai bidang sains yang berada di persimpangan biodiversiti dan bioinspirasi dalam konteks masyarakat dan potensi kesannya.

    Profesor Dr Rolf Mueller memberikan penerangan mengenai biodiversiti dan bioinspirasi dalam konteks masyarakat dan potensi kesannya.
    Antara peserta yang menyertai Bengkel Antarabangsa bagi Bioinspirasi dan Biodiversiti yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD, kelmarin.

    Manakala itu, Pengarah Program di National Science Foundation, AS, Profesor Dr Eva Kanso menekankan mengenai kepentingan kejuruteraan bioinspirasi di mana ia merupakan bidang disiplin yang telah menyaksikan perkembangan yang signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Sementara itu, Pengarah Sains, Autonomy and Unmanned Systems, Asia/Pacific, ONR Global, Dr Hao Nguyen mengongsikan peranan bioinspirasi dalam konteks sistem berautonomi.

    Pengarah Eksekutif, KAIST Deve-lopment Foundation, Profesor Dr Jaehung Han pula menerangkan mengenai peranan bioinspirasi dalam usaha KAIST untuk membangunkan teknologi-teknologi transformatif khususnya dalam aplikasi aeroangkasa.

    Manakala itu, bagi NUS, Profesor Dr Gregory Chirikjian memberikan pandangan mengenai peranan bioinspirasi dalam bidang robotik dan Ketua Cawangan di Naval Undersea Research Center Division, Newport, Dr Christin Murphy mengongsi mengenai peranan penting bioinspirasi bagi penerokaan marin.

    Bengkel itu juga menggabungkan kerja-kerja berkumpulan dengan lawatan untuk menyaksikan sendiri biodiversiti Brunei di bawah pakar biodiversiti UBF yang diketuai oleh Dr Ulmar Grafe dari Fakulti Sains, UBD.

    Bioinspirasi merupakan bidang pengajian yang berkembang pesat di mana ia berada di persimpangan sains kehidupan dan kejuruteraan yang bertujuan memanfaatkan pandangan daripada pelbagai sistem biologi seperti tumbuh-tumbuhan, binatang atau ekosistem untuk membangunkan penyelesaian teknikal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...