Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Sambutan Ilal Hijrah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Sambutan Ilal Hijrah 1446, kelmarin.

    Berangkat sama di majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan Baginda ke Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ilal Hijrah 1446.

    Turut menjunjung, Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Doa Akhir Tahun Hijrah dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.

    Sejurus itu, sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan.

    Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan seterusnya Doa Awal Tahun Hijrah dibacakan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Bagi memohon berkat dan rahmat di majlis yang berkebajikan ini, Doa Selamat dibacakan sekali lagi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.

    Tema Sambutan Ilal Hijrah 1446 ialah Memelihara Akal, Masyarakat Sejahtera.

    Sambutan Ilal Hijrah 1446 dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Sambutan Ilal Hijrah 1446 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Baginda Sultan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan berangkat ke Sambutan Ilal Hijrah 1446 yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Sabtu lalu. Turut berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Antara yang hadir di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda