BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan berangkat melawat dua buah institusi pendidikan iaitu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SMPAPHM) dan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 (SRLK Jln 49).
Baginda Sultan memulakan lawatan dengan meninjau kemudahan yang terdapat di SMPAPHM di bangunan baru sekolah berkenaan di Jalan Utama Mentiri, Kampung Sungai Akar, Mukim Berakas ‘B’ dan dalam lawatan itu, Baginda diberikan sembah penerangan oleh Pengetua sekolah, Hajah Norwen binti Haji Brahim. (Klik di sini untuk berita lanjut)