Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Berkenan ke majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Majlis tahlil berkenaan adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat

    Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Pada majlis tersebut, bacaan tahlil dipimpin oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang seterusnya membacakan Doa Tahlil diikuti dengan Doa Selamat.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menjirus air asah-asahan ke makam ayahanda, bonda dan anakanda Baginda, diikuti oleh paduka-paduka anakanda dan adinda Baginda.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja, timbalan-timbalan menteri, pehin-pehin manteri dan manteri-manteri hulubalang, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat ke majlis tahlil di Kubah Makam Diraja. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong. Majlis tahlil berkenaan adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menerima junjung ziarah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...