Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Bayern Munich, Real Madrid seri 2-2 di perlawanan pertama separuh akhir

    MUNICH, 1 MEI – Vinicius Junior menjaringkan dua gol untuk Real Madrid seri 2-2 di Bayern Munich pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, semalam.

    Bayern mendominasi tetapi Madrid terselamat, dan saingan masih terbuka luas menjelang aksi timbal balik di Madrid pada 8 Mei.

    Dengan tumpuan kepada bintang England, Harry Kane dan Jude Bellingham, serta kembalinya Toni Kroos ke bekasi pasukannya, Vinícius muncul sebagai tokoh penentu.

    Penyerang Brazil itu membuka jaringan menentang larian permainan pada minit ke-24 dan menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas Leroy Sane dan Kane menjaringkan gol untuk Bayern.

    “Saya rasa ia keputusan yang baik,” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti, yang mengetuai Bayern menjulang kejuaraan Bundesliga pada 2017. “Ia memberikan kami kepercayaan dan keyakinan untuk perlawanan kedua. Ia terbuka sepenuhnya.”

    Gol Kane, satu lagi penalti, adalah gol ke-43 penyerang England itu dalam 43 perlawanan untuk Bayern musim ini.

    “Rasanya seperti gol dijaringkan ketika pasukan lain lebih baik,” kata Kroos. “Kami cukup pasti bahawa kami akan mara di tempat sendiri.”

    Bayern telah merayu kepada peminat untuk memakai pakaian merah pada perlawanan dan pelawat pasti merasakan mereka bermain dalam kawah merah apabila mereka disambut oleh wisel memekakkan telinga daripada majoriti 75,000 di stadium. – AP

    Leroy Sane (tengah) menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara antara FC Bayern Munich dan Real Madrid di Munich, Jerman, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penghadang besar mula dipasang

    FUJIKAWAGUCHIKO, 21 MEI - Sebuah bandar di Fujikawaguchiko, Jepun hari ini mula memasang penghadang besar di lokasi pemandangan popular Gunung Fuji, dalam usaha menghalang...