Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung minggu lalu, kata ketua pemerhati atom Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

    Bercakap kepada wartawan di luar mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi ditanya sama ada beliau bimbang tentang kemungkinan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai tindakan balas terhadap serangan tersebut.

    “Kami sentiasa bimbang tentang kemungkinan ini. Apa yang saya boleh beritahu awda ialah pemeriksa kami di Iran telah dimaklumkan oleh kerajaan Iran bahawa semalam (Ahad), semua kemudahan nuklear yang kami periksa setiap hari akan ditutup atas pertimbangan keselamatan,” katanya.

    Kemudahan-kemudahan tersebut sepatutnya dibuka semula kelmarin, kata Grossi, tetapi pemeriksa tidak akan kembali sehingga hari berikutnya.

    “Saya memutuskan untuk tidak membenarkan pemeriksa kembali sehingga kita melihat situasi sudah tenang sepenuhnya,” tambahnya, sambil menyeru untuk ‘menahan diri dengan kuat’. – AFP

    Grossi berkata Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...