Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin berkenan menerima mengadap Chief of General Staff of the Vietnam People’s Army dan Timbalan Menteri Pertahanan Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong, pada majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman.

    Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa; Timbalan Pengarah, Jabatan Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Bui Xuan Khien; Pengarah Jabatan Perhubungan Luar, Mejar Jeneral Vu Thanh Van; dan Ketua Terjemahan dan Tafsiran Pertahanan Nasional Republik Sosialis Vietnam, Leftenan Kolonel Do Thanh Tung.

    Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Vietnam telah memeterai memorandum persefahaman dalam kerjasama pertahanan di bidang pertahanan sejak tahun 2005. Kedua-dua buah negara mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan sudah lama terjalin yang merangkumi lawatan, pertukaran profesional, eksesais, latihan dan kursus.

    TYT Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama empat hari bermula dari 3 hingga 6 November.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap TYT Senior Lieutenant General Nguyen Tan Cuong di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...