BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki bin Osman; dan Menteri Negara, Kementerian Undang-undang dan Kementerian Pengangkutan, Tuan Yang Terutama Murali Pillai serta delegasi dari Republik Singapura pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
Semasa majlis tersebut, rombongan turut mengambil kesempatan menyembahkan sembah ucapan Hari Raya Aidilfitri kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli kerabat diraja.