Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Berkenan tinjau keupayaan logistik PPDB

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Azlan Othman & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat melihat lebih dekat Jabatan Logistik di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) di Gadong.

    Baginda terlebih dahulu meninjau kawasan logistik yang menempatkan kenderaan polis termasuk kereta peronda, pikap dan bertanyakan jumlah tenaga kerja di bahagian tersebut.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian bergerak ke Kuartermaster berhampiran Pusat Latihan Polis yang menempatkan peralatan pasukan polis dan seterusnya ke bengkel kenderaan dan memeriksa kenderaan dan motosikal yang tidak digunakan.

    Lawatan itu dibuat sehari selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan titah menyeru agar semua aspek kepimpinan, pengurusan, pentadbiran, latihan dan keupayaan logistik PPDB perlu dipertingkatkan.

    Dalam titah itu, Baginda turut menggariskan kelemahan ketara pada masa ini yang masih belum dapat diatasi termasuklah kekurangan kenderaan di balai polis. Ini sudah pasti merupakan sesuatu yang memerlukan perhatian dan tindakan.

    Sehari selepas bertitah memberikan teguran kepada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke dua buah jabatan, kelmarin. Pada lawatan itu, Baginda meninjau kemudahan di Jabatan Logistik, Ibu Pejabat PPDB dan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) di Gadong.
    Baginda Sultan ketika berkenan meninjau bengkel kenderaan.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan melawat salah satu bahagian di Jabatan Logistik PPDB.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melihat kenderaan yang biasanya digunakan semasa upacara perarakan.

    Baginda Sultan berkenan melihat pelbagai kenderaan polis di kawasan logistik ibu pejabat polis.

    Kepimpinan dalam pasukan tidak boleh hanya berdiam diri tetapi perlu berfikir dan bertindak untuk mengatasi kepincangan, barulah ada makna pasukan polis mempunyai pemimpin yang berkarisma.

    Misi Jabatan Logistik adalah untuk menyediakan keperluan logistik dan teknikal dengan segera dan sempurna serta menjimatkan kos kepada pasukan. Visi mereka adalah untuk menjadi sebuah jabatan yang mempunyai keupayaan tinggi dalam menyediakan perkhidmatan yang diperlukan dan bantuan teknikal ke arah keamanan kekal dan keselamatan negara.

    Jabatan Logistik merupakan salah satu jabatan di bawah PPDB dan mempunyai beberapa jabatan termasuk Kuartermaster, Pengangkutan dan Bengkel, Projek dan Penyelenggaraan Bangunan.

    Peranan dan tanggungjawabnya adalah untuk memastikan keperluan logistik dan teknikal yang mencukupi untuk pasukan, melindungi dan memelihara aset pasukan, memberikan bantuan teknikal dan mekanikal, serta menguruskan projek Rancangan Kemajuan Negara.

    Turut hadir semasa keberangkatan berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Timbalan-timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Mohamed Riza bin Dato Paduka Haji Mohamed Yunos, dan Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...