GENEVA, 8 NOV – Berlian biru terang terbesar yang pernah dilelong dijual pada kelmarin dengan harga lebih daripada AS$44 juta, jauh melebihi anggaran pra-jualan, kata Christie.
‘Bleu Royal’, cincin yang menampilkan berlian biru terang berbentuk pir seberat 17.61 karat, merupakan salah satu barang yang paling menarik di rumah lelong untuk Minggu Mewah Geneva.
Christie telah menganggarkan cincin itu akan mendapat sekitar AS$35 juta.
Rumah lelong itu berkata penjualan itu menjadikan ‘Bleu Royal’ sebagai permata termahal yang dijual pada lelongan tahun ini.
Christie’s berkata batu permata itu akan diserahkan kepada koleksi peribadi lain buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun. – AP