Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bermain permainan video semasa memandu?

    DETROIT, 10 DIS – Vince Patton menonton video YouTube pada Ogos lalu mengenai pemilik Tesla yang kini boleh memain permainan video di papan pemuka skrin sentuhan kereta mereka – ketika kenderaan sedang bergerak.

    Ingin melihatnya sendiri, Patton memandu kereta Model 3 Tesla 2021 ke kolej komuniti dan mengaktifkan permainan bernama ‘Sky Force Reloaded’ daripada menu dan tergamam dia boleh bermain Solitaire serta mengaktifkan permainan tersebut semasa memandu. Selain itu, dia juga boleh melayari internet semasa keretanya bergerak.

    Patton, wartawan yang menetap di Portland, berkata dia tidak menentang Tesla, namun bimbang pemandu akan bermain permainan dan tidak dapat menumpu semasa memandu.

    “Seseorang akan terbunuh,” katanya. “Ia tidak masuk akal.”

    Patton bulan lalu telah memfailkan aduan dengan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Nasional (NHTSA), agensi keselamatan jalan raya kerajaan.

    “NHTSA perlu mengharamkan semua video langsung di depan tempat duduk dan semua laman web interaktif semasa kereta sedang bergerak,” tulis Patton dalam aduannya. “Mewujudkan gangguan berbahaya untuk pemandu adalah amat lalai.”- AP

    Vince Patton, pemilik Tesla, menunjukkan bagaimana dia boleh bermain permainan video di konsol kenderaan semasa memandu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda