Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersihkan masjid sebagai permulaan tahun baharu Hijrah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Bagi menghormati dan tanda syukur atas nikmat Allah SWT, PERBEKAL memulakan aktiviti tahunan bersempena Sambutan Ilal Hijrah 1446 dengan program membersihkan kawasan Masjid Lambak, Berakas yang telah diadakan pagi tadi dengan dihadiri oleh seramai lebih 60 orang terdiri daripada ahli-ahli PERBEKAL serta Majlis Perundingan Kampung Lambak B.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibimbing oleh Pengerusi Tetap PERBEKAL, Haji Zakaria bin Haji Liman, diikuti dengan ucapan tazkirah daripada Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud selaku tetamu kehormat.

    Acara kemuncak majlis ialah penyampaian sumbangan barangan kepada Masjid Lambak yang diterima oleh Pegawai Masjid, Awang Mohamad bin Haji Bagol.

    Seramai 12 anak yatim yang ikut serta dalam kempen tersebut juga menerima sumbangan sedekah dari Yang Di-Pertua PERBEKAL.

    Aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk senamrobik dan membersihkan kawasan masjid dan menanam benih pokok buah.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku Pengerusi Berterusan; Timbalan Yang Di-Pertua, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir; Naib Yang Di-Pertua 1, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof; Naib Yang Di-Pertua 2, Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Mohd Tahir; serta Penasihat MPK Lambak B, Haji Mohd Zain bin Haji Mohd Salleh.

    Yang Di-Pertua PERBEKAL menyampaikan sumbangan sedekah kepada salah seorang anak yatim. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Sumbangan/infak barangan kepada Masjid Lambak yang diterima oleh Pegawai Masjid berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda