Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBDS lancar dana bersama untuk pelabur runcit

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 14 JUN – Bank Islam Brunei Darussalam Securities Sdn Bhd (BIBDS) telah meraikan pelancaran dana bersama pertama yang diuruskan dari Brunei, The Lion BIBDS Islamic Enhanced Liquidity Fund pada satu acara di Daerah Belait, hari ini.
     
    Dana berkenaan telah dilancarkan secara rasmi minggu lalu, menandakan peristiwa penting dalam evolusi industri perkhidmatan kewangan Brunei dan mempamerkan komitmen BIBDS terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam produk kewangan.
     
    Dalam ucapan alu-aluannya pada acara di Grand Ballroom, Hotel V-Plaza itu, Pengarah Urusan BIBDS, Jason Wong menjelaskan bahawa dana bersama yang baru diperkenalkan itu diuruskan dengan kerjasama Lion Global Investors dan BIBD Asset Management di bawah lesen BIBDS dengan tujuan untuk menawarkan pilihan pelaburan yang konservatif lagi menguntungkan kepada pelabur runcit.
     
    Beliau menambah bahawa dana itu direka untuk memelihara modal dan meningkatkan pendapatan, mengekalkan kecairan tinggi yang selaras dengan keperluan pelabur baharu dan berpengalaman. 
     
    Ketua Pengurusan Aset Institusi di BIBD Asset Management, Dayang Nur Ezza bin Haji Mohd Hani telah menyampaikan pembentangan lanjut mengenai dana tersebut.
     
    Ini diikuti dengan perbincangan panel yang mengetengahkan wakil BIBDS dan Lion Global Investors Ltd. Ahli-ahli panel termasuk Dayang Nur Ezza; Pengarah Perniagaan Islam di Lion Global Investors dan dikendalikan oleh Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan di BIBDS, Ashrin Zaidi.
     
    Pelancaran itu sejajar dengan nilai teras penjajaran, kesinambungan dan pendidikan (ACE) BIBDS yang membimbing operasi dan keputusan strategiknya.
     
    Dengan pengenalan dana bersama itu, BIBDS menetapkan piawaian baharu dalam landskap kewangan tempatan, membuka jalan kepada produk kewangan yang lebih canggih yang boleh memenuhi pelbagai keperluan asas pelabur Brunei yang semakin berkembang.
     
    Acara pelancaran dana berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sesi perbincangan panel yang diadakan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang hadir dalam majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda