Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden akan lawat Australia, Jepun

    WASHINGTON, 26 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan melawat Jepun dan Australia pada Mei untuk Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) dan mesyuarat ketiga pemimpin Quad, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik Rumah Putih.

    Biden dijadualkan bertemu pemimpin kumpulan Quad Australia, Jepun, India dan AS di Sydney pada 24 Mei, menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

    “Pemimpin Quad akan membincangkan pengukuhan usaha sama mereka dalam teknologi kritikal dan baharu muncul, infrastruktur berkualiti tinggi, kesihatan global, perubahan iklim, kesedaran domain maritim dan isu lain yang penting kepada penduduk Indo-Pasifik,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

    Kumpulan empat negara itu yang juga dikenali sebagai Dialog Keselamatan Segiempat, ditubuhkan selepas gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan pada 2007.

    Biden juga dijangka menghadiri sidang kemuncak penuh pemimpin G7 negara demokrasi perindustrian yang akan berlangsung di Hiroshima, Jepun pada 19 hingga 21 Mei.

    Rumah Putih berkata pemimpin G7 akan membincangkan pelbagai isu global yang paling mendesak termasuk sokongan kumpulan itu untuk Ukraine dan krisis makanan dan iklim.

    Jepun kini presiden bergilir G7 yang dianggotai Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan AS. – Bernama

    Joe Biden semasa menghadiri sebuah acara di Washington.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda