Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden, Harris sambut tahanan AS

    JOINT BASE ANDREWS, 2 OGOS – Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris menyambut kedatangan wartawan Evan Gershkovich dan dua lagi rakyat Amerika Syarikat (AS) kelmarin setelah mereka dibebaskan oleh Rusia dalam pertukaran tahanan yang besar.

    Biden dan Harris, yang merupakan calon utama Demokrat untuk pilihan raya presiden selepas presiden menarik diri daripada pilihan raya 2024, berada di Joint Base Andrews berhampiran Washington untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan sekitar jam 11:40 malam.

    Wartawan Wall Street Journal, Gershkovich, bekas anggota marin AS, Paul Whelan dan wartawan Alsu Kurmasheva disambut dengan sorakan daripada keluarga dan rakan-rakan ketika mereka turun dari pesawat, sebelum memeluk Biden dan Harris.

    Mereka adalah antara dua daripada 12 tahanan yang dibebaskan awal kelmarin dalam pertukaran tahanan terbesar antara Timur-Barat sejak Perang Dingin.

    Tahanan keempat yang dibebaskan, Vladimir Kara-Murza, seorang pengkritik Kremlin yang memiliki pemastautin AS, juga antara yang dibebaskan tetapi pulang secara berasingan ke AS.

    Secara keseluruhan, 10 warga Rusia, termasuk dua remaja, ditukar dengan 16 warga Barat dan Rusia yang dipenjarakan di Rusia dalam pertukaran dramatik di landasan lapangan terbang di ibu negara Turkiye, Ankara.

    “Derita mereka kini berakhir,” kata Biden dalam sidang akhbar di Rumah Putih sebelum ini, diapit oleh keluarga tahanan dibebaskan yang gembira.

    Harris sebelum ini menyambut baik pembebasan mereka selepas ‘penyelewengan keadilan yang dahsyat’. –AFP

    Evan Gershkovich disambut oleh Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris ketika tiba di Pangkalan Bersama Andrews di Maryland pada 1 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda