BILBAO, 1 MAC – Gol pada separuh masa pertama daripada adik-beradik, Inaki dan Nico Williams menghantar Atletico Bilbao mencatat kemenangan 3-0, 4-0 secara agregat ke atas Atletico Madrid kelmarin sekali gus mara ke final Copa del Rey.
Bilbao mendahului 1-0 dari perlawanan pertama di Madrid dan dengan cepat menggandakan saingan apabila Inaki Williams menerima hantaran daripada adiknya untuk mencetak satu gol pada malam itu.
Tiga minit sebelum separuh masa, peranan tersebut berubah dengan Inaki memberikan bantuan untuk Nico Williams memberikan kelebihan tiga gol buat pasukan Basque.
Gorka Guruzeta, yang sudah menjaringkan 10 gol dalam La Liga musim ini, menambah gol ketiga sejurus selepas sejam untuk mengikat kedudukan.
Bilbao merupakan pasukan kedua paling berjaya dalam sejarah Copa del Rey, 23 gelaran mereka di belakang Barcelona yang memiliki 31 gelaran, dengan gelaran yang terbaharu mereka pada 2020-21.
Perlawanan di La Cartuja di Seville pada 6 April akan menjadi final ke-40 mereka dan yang pertama menentang pemenang 2003, Real Mallorca yang mengetepikan Real Sociedad menerusi penentuan penalti awal minggu ini. – AFP