Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BITA anjur webinar keselamatan tempat kerja

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA) akan menganjurkan webinar bertajuk ‘Keselamatan di Tempat Kerja’ untuk memberi tumpuan kepada peraturan polisi, amalan keselamatan di kalangan majikan dan kesan keselamatan di tempat kerja ke atas ekonomi, esok.

    Perbincangan akan diketuai oleh panel yang terdiri daripada Inspektor Pihak Berkuasa Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), Awang Zaharuddin bin Haji Abd Rahman; Pengurus Besar Syarikat Latihan Megamas, Michael Stringer dan Pegawai HSE Hiew H. Y. Construction, Awang Shamsul Bahri bin Haji Bahar.

    “Webinar ini disarankan khas untuk pegawai kesihatan dan keselamatan, pengurus operasi dan pihak berkepentingan utama, terutamanya syarikat-syarikat dalam industri yang mempunyai elemen risiko yang lebih tinggi seperti pembinaan,” kata Pengerusi BITA, Klaus Tomalla.

    Webinar tersebut dibuka kepada semua, dan kehadiran adalah percuma. Para peserta dijemput untuk log masuk pada hari tersebut (Khamis jam 10 pagi) melalui Zoom di webinar ID 857 4575 6773 di mana tiada kata laluan diperlukan.

    BITA ialah sebuah badan yang dilancarkan pada 2013 dan menyatukan semua syarikat insurans hayat dan bukan hayat dan pengendali takaful konvensional berdaftar di Brunei.

    Ia menggalakkan penyertaan yang sama rata, keharmonian dan kerjasama di kalangan ahli dan pemain industri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda