Sunday, October 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BKN anjur kempen kebersihan masjid

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Seramai 211 pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah mengadakan kempen kebersihan Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri, hari ini, sempena Sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram Tahun 2024.

    Sebahagian daripada peserta melakukan kerja pembersihan.

    Hadir sama-sama menjayakan kempen berkenaan adalah Pengarah BKN, Dato Paduka Haji Zalani bin Haji Ismail yang juga menyampaikan wakaf perkakas bagi kegunaan membersihkan masjid.

    Kempen itu disertai oleh Ahli Jawatankuasa dan jemaah Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri dan Majlis Perundingan RPN Kawasan I dan II Kampung Mentiri.

    Gambar ramai Dato Paduka Haji Zalani bersama peserta kempen berkenaan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda